HomeSukanSedia beli Manchester United, pelabur Qatar janji tiga perkara buat kelab

Sedia beli Manchester United, pelabur Qatar janji tiga perkara buat kelab

PELABUR Qatar dilaporkan berjanji tiga perkara jika mereka membeli kelab bola sepak Manchester United.

Pelabur swasta dari Timur Tengah itu bersedia untuk membida kelab yang penuh dengan sejarah apabila pemilik kini iaitu Glazers turut  terbuka untuk menjual kelab terbabit.

Glazers yang memiliki Manchester United sejak 2005  sebelum ini dilaporkan berkata, mahu kekal menjadi pemilik kelab namun keputusannya itu kini berubah atas faktor keadaan semasa.

Bagaimanapun, pemilik yang berasal dari Amerika itu turut mempertimbangkan semula pilihan yang dibuat pada November lalu.

Buat masa sekarang, pelaburan besar-besaran diperlukan di dalam dan di luar padang untuk Manchester United.

Pelabur dari Qatar pula dilaporkan kini mendahului perlumbaan untuk membeli United, meskipun mereka menghadapi tentangan daripada sesetengah pihak.

Sky Sports News melaporkan pelabur berkenaan membuat tiga janji ketika mereka ingin membeli Red Devils dan dikatakan perkara pertama yang mereka sanggup lakukan ialah melabur dalam pasukan.

Author

Pilihan Editor