HomeBeritaSPRM bekukan akaun milik Bersatu - Azam Baki

SPRM bekukan akaun milik Bersatu – Azam Baki

CYBERJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan membekukan kesemua akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, pembekuan akaun itu dilaksanakan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan pemimpin parti berkenaan.

“Kita membekukan bagi membolehkan siasatan dijalankan yang kita klasifikasikan wang diterima secara rasuah atau ditafsir sebagai suapan.

“Pembekuan itu dibuat sehingga siasatan selesai,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Pembekuan akaun Bersatu itu turut disyaki mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap penyelewangan dana kerajaan RM92.5 billion yang pada ketika itu kerajaan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) yang melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Untuk rekod, SPRM pada Disember lalu mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

SPRM turut menyatakan fokus siasatan kini adalah terarah kepada dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

Author

Pilihan Editor