HomeBeritaArab Saudi hadiahkan Malaysia 35 tan kurma, 17,000 naskah al-Quran

Arab Saudi hadiahkan Malaysia 35 tan kurma, 17,000 naskah al-Quran

CYBERJAYA: Rezeki buat Malaysia sempena Ramadan ini apabila kerajaan Arab Saudi berbesar hati menghadiakan 35 tan kurma.

Majlis simbolik penyerahan hadiah itu disempurnakan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menerusi satu program di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Hadiah berkenaan disumbangkan oleh Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan disampaikan oleh Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr. Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi turut menyumbangkan 17,000 naskah al-Quran dan tajaan majlis berbuka puasa hidangan nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.

Mohd Na’im berkata, Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program berkenaan.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah.

“Malaysia berasa amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program ini,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Author

Pilihan Editor