HomeBeritaPolitikBersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden 

Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden 

 

 

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dalam kenyataan selepas mesyuarat khas MPT malam tadi berkata, ini kerana pertuduhan rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap presiden dan parti Bersatu itu.

Mesyuarat khas MPT tersebut dipengerusikan Muhyiddin. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor