HomeHiburanCedera di wajah, bekas isteri Hafidz Roshdi ‘up’ status tuju pada Athira...

Cedera di wajah, bekas isteri Hafidz Roshdi ‘up’ status tuju pada Athira Yuhada?  

 

CYBERJAYA: Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, memuat naik gambar dirinya mengalami kecederaan di wajah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam paparan itu jelas kelihatan wajah ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada bahagian kiri sehingga berbalut.

“Kepada rakan media, pelanggan dan sahabat yang sedang menghubungi Shu.

“Shu minta maaf sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab, buat masa ini. Sebab Shu sedang terima rawatan di hospital,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai kecederaan dialami.

Lebih menjadi persoalan apabila Nurul Shuhada turut memuat naik gambar tangan menggenggam penumbuk dan berdarah dengan kapsyen ‘Semoga Allah ampunkan kau berdua’.

Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada turut meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.

“Dengar sini, semua. Yeappp, penyondol sentiasa penyondol. Maaf dekat Humairah dan Umar?

“Tidak, penyondol akan sentiasa jadi penyondol. Kali ini, saya sendiri akan cakap, bukan dari orang lain memandangkan saya sudah bercerai.

“Mari kita lihat kehidupan penyondol selepas ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nurul Shuhada turut memohon orang ramai supaya mendoakan dirinya diberi kekuatan untuk berdepan ujian hidup kali ini.

‘”Shu akan beri kerjasama selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Hafidz dilaporkan sudah melafaz cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada pada 22 Februari lalu selepas rumah tangga mereka mula menjadi perhatian umum akibat kemunculan orang ketiga iaitu, Athira.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Author

Pilihan Editor