HomePendidikanCipta projek ‘Eco Friendly’, 4 pelajar Bait Al-Hasanah lakar kejayaan di AYIA...

Cipta projek ‘Eco Friendly’, 4 pelajar Bait Al-Hasanah lakar kejayaan di AYIA 2023

CYBERJAYA: Empat orang pelajar Tingkatan 5 Bait Al-Hasanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya merangkul Silver Award bagi kategori Healthcare, Personal Care Technology, Biotechnology And Life Sciences di Asian Youth Innovation Awards 2023 di Malaysian Technology Expo International (MTE).

Kejayaan itu dilakar menerusi ciptaan projek berjudul ‘Eco Friendly Ant Repellent’ yang berfungsi menghalau semut dan serangga kecil seperti lalat dan lipas mendekati makanan haiwan peliharaan.

Lebih menggembirakan apabila projek yang dicipta pelajar-pelajar terbabit mendapat reaksi positif daripada khalayak ramai sehingga ada yang berharap ia dikeluarkan dalam pasaran.

Khabar gembira itu dikongsi LZS menerusi hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.

Mengulas lanjut berhubung idea mencipta projek berkenaan, LZS memaklumkan empat pelajar itu mendapat cetusan idea setelah mendapati makanan kucing di rumah kucing seliaan pelajar di asrama sering dimakan oleh semut apabila ditinggalkan semalaman.

Projek berkenaan yang menggunakan formula khas 100% bahan organik dan selamat untuk haiwan peliharaan dan manusia kini dalam proses pembangunan dan disasarkan akan memasuki pasaran selepas memenuhi tahap kualiti piawaian pembuatan.

“Pertandingan ini telah menarik penyertaan daripada negara negara asean seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain lain. Delegasi telah diiringi seorang pegawai Lembaga zakat Selangor sebagai mentor.

“Semoga pendedahan aktiviti anak-anak asnaf di peringkat antarabangasa akan membuka minda dan pemangkin kejayaan mereka di masa hadapan seterusnya menjadi Generasi Kedua Generasi Cemerlang (G2GC),” tulis LZS.

Author

Pilihan Editor