HomeNiagaDania Garage tawar tayar Rahmah RM5

Dania Garage tawar tayar Rahmah RM5

KAJANG: Sebuah bengkel motosikal di Kajang iaitu Dania Garage, mengambil langkah luar biasa dengan menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Inisiatif yang diberi nama program Amal Tayar Rahmah itu dilaksanakan pada 20 Mac lalu dan nyata mendapat sambutan tinggi hingga tular di media sosial.

“Sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal,” kata wakil Dania Garage kepada media.

Tambahnya lagi, jualan amal yang dianjurkan selama sehari sebelum ini, berjaya menarik kehadiran hampir tiga ribu pemilik motosikal.

Bagaimanapun, pihaknya hanya memperuntukkan seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit.

Program jualan amal ini membabitkan jualan tayar motosikal bersaiz 70/90-17 serta 80/90-17, harga jualan sebenar tayar tersebut adalah RM60 seunit yang mana harga Rahmah tayar itu tidak dijual di mana-mana tempat melainkan di bengkel Dania Garage sahaja.

“Saya memikirkan bahawa pada bulan Mac tahun ini merupakan bulan yang amat mencabar kepada pengguna semua kerana sesi persekolahan bermula dan persiapan raya datang serentak yang mana rata-rata memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi”.

“Sebab itu saya tampil menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah memandangkan sebahagian besar pemilik motosikal ini adalah golongan B40”, kata Mustakim.

Untuk pengetahuan, Dania Garage merupakan bengkel motosikal 100 peratus milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang.

Bengkel tersebut mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang.

Bengkel Dania Garage amat popular di media sosial khususnya di TikTok dengan jumlah pengikut lebih 500,000 ribu orang.

Author

Pilihan Editor