HomeHiburanDiana Danielle fail permohonan cerai

Diana Danielle fail permohonan cerai

PELAKON filem Imaginur, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Permohonan itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan yang berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Menurut laporan Utusan, permohonan itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi tadi. 

Bagaimanapun, Farid Kamil enggan melafazkan cerai tersebut. Turut difahamkan, pasangan ini telah tidak tinggal sebumbung lagi.

Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).  Sebutan untuk permohonan akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Author

Pilihan Editor