HomeHiburanDream Theater gegarkan Malaysia dan Singapura Mei ini

Dream Theater gegarkan Malaysia dan Singapura Mei ini

CYBERJAYA: Kumpulan muzik rock dan metal antarabangsa, Dream Theater bakal mengadakan konsert jelajah dunia di The Star Theater, Singapura 9 Mei ini dan 10 Mei di Zepp, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Project, Shirazdeen Karim, Dream Theater bakal memulakan jelajah dunia di Asia dengan tampil di Seoul diikuti oleh beberapa buah negara sebelum menggegarkan Malaysia, Singapura dan diakhiri di Indonesia.

Pemain gitar, Petrucci, menyatakan mereka sedang membuat persediaan untuk produksi album studio ke-16 selepas ‘A View From The top of The World’. 

Untuk pengetahuan, kumpulan ini cukup dikenali dengan ketelitian penghasilan muzik.

Malah, Petrucci merupakan pemain gitar terhebat dunia dan menduduki tangga kedua sebagai pemain gitar metal terbaik dalam buku The 100 Greteast Metal Guitarist pada 2009.

Harga tiket konsert di Kuala Lumpur bermula dari RM258 hingga RM700, manakala bagi Singapura bermula dari $88 hingga $168.

Peminat boleh membeli tiket mulai 3 April pada pukul 2 petang menerusi laman www.myticket.asia untuk Kuala Lumpur dan www.sistic.com.sg bagi Singapura.

Terdahulu, Dream Theater pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada September 2017 dan sehingga sekarang konsertnya sering dinanti-nantikan terutama dalam kalangan pemuzik rock dan metal.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor