HomeNiagaDua pengarah, pengasas Etos Revenue letak jawatan

Dua pengarah, pengasas Etos Revenue letak jawatan

KUALA LUMPUR: Dua pengarah dan pengasas syarikat penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai, Revenue Group Berhad (Revenue) mengumumkan peletakan jawatan semalam.

Mereka ialah Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47.

Mereka sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, enam tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad melupuskan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire milik syarikat berkenaan.

Tindakan itu didakwa dibuat tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut dengan mendaftarkannya atas nama Shih Fang (tertuduh kedua).

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua pengarah syarikat berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Author

Pilihan Editor