HomeBeritaPolitikWujud sabotaj blackout ketika pemilihan di Puchong?

Wujud sabotaj blackout ketika pemilihan di Puchong?

PUCHONG: UMNO Puchong menuntut pemilihan jawatan kuasa UMNO di daerah itu diadakan semula berikutan dibimbangi wujud unsur sabotaj kerana kejadian ‘blackout’ ketika pengiraan undi.

Tuntutan itu dikemukakan oleh beberapa ahli UMNO Puchong yang mahu proses pemilihan dilakukan lebih telus dan adil.

Wakilnya, Khalid Lambak berkata, kejadian ‘blackout’ berlaku pada 18 Mac iaitu Sabtu lalu pada jam 1.37 petang dan ia pulih dalam dua minit kemudian.

“Kami berasa ragu, proses undi berlaku blackout, kami merasakan ia konspirasi, untuk sabotaj hari pemilihan terbabit.

“Saya diberi amanah untuk awasi proses kira undi pada hari berkenaan.

“Peringkat awal proses berjalan lancar, dalam setengah jam sebelum kira undi, ia tiba-tiba blackout masing-masing panik dan saya tidak nampak apa berlaku, ” katanya pada sidang media.

Khalid adalah wakil calon Ketua Bahagian UMNO Puchong iaitu Azmir Yuzaimi Mohd Yunos yang juga pesaing terdekat penyandang Datuk Satim Diman dan  Kamsani Kamaruddin.

Satim berjaya mempertahan kedudukannya sebagai penyandang Ketua Bahagian dengan jumlah undi 152, Azmir pula 110 undi, Kamsani 62 undi dan terdapat lapan undi rosak.

Dalam pada itu, calon Naib Ketua Bahagian UMNO Puchong, Azmi Jaafar berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jalil pada 19 Mac atau Ahad lalu.

Beliau mendakwa, blackout adalah taktik lama yang diulang kembali, yang ada perancangan rapi di sebaliknya.

“Kita tak tahu apa yang berlaku ketika itu, selepas kita fikir, proses kejadian berlaku, macam-macam boleh berlaku.

“Saya juga dimaklumkan semua petugas bawa masuk telefon bimbit pada hari kejadian sedangkan sudah termaktub dalam peraturan tidak boleh.

“Kenapa dalam situasi kritikal boleh blackout? Bagi saya ia ada unsur yang tidak sihat jika tiada tindakan diambil, ia akan jadi budaya untuk capai matlmat diluar jangkaan,” katanya.

Isu ini akan dibawa ke Majlis Tertinggi bagi siasatan lanjut diadakan.

Author

Pilihan Editor