HomeHiburanFilem Pulau, hebat dan seram lenyapkan kontroversi

Filem Pulau, hebat dan seram lenyapkan kontroversi

TEMPAT duduk dalam panggung penuh untuk tayangan filem kontroversi Pulau pada Sabtu, buat hati penulis tertanya-tanya hebat sangatkah filem ini.

Setelah menonton filem arahan Euho, terbitan Web TV Asia selama dua jam, penulis memberi ‘rating 9/10’ kerana ia naskah seni yang berbaloi untuk ditonton, standardnya sama filem seram Hollywood.

Selain Alif Sattar, Pulau turut dibintangi Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjana Suri, Sabronzo, Harris Anuar, Puiyi, Mark O’dea dan Namron.

Kekuatan filem ini boleh dilihat apabila penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing walaupun untuk keluar ke tandas, kerana setiap babak disusun kemas buat hati tertanya-tanya apakah aksi seterusnya.

Kalau tinggalkan sesaat, rugi pula.

Dua jam menonton Pulau, rasa sekejap sahaja masa berlalu, tidak rasa bosan walau sesaat pun itulah kehebatan karya Pulau.

Kisah wanita yang memiliki kesaktian deria keenam boleh melihat makhluk halus sebagaimana yang ada dalam masyarakat kita.

Nilai persahabatan yang tidak mementingkan diri, teguh bersama saat susah atau senang juga menjadi mesej yang hebat dan tersirat.

Namron pula tidak tertinggal mengingati warisan nenek moyang tanpa melupakan kuasa Yang Maha Esa sebagai pelindung diri dari semua kejahatan dan bala petaka.

Mesej yang paling penting adalah lepaskan kebencian dan dendam kerana ia boleh membinasakan orang lain yang tidak bersalah termasuk orang disayangi.

Segala kontroversi babak panas filem Pulau sebelum ini ditenggelamkan oleh babak seram dan penuh kejutan sepanjang tayangan.

Author

Pilihan Editor