HomeHiburanIsteri Aaron syukur Tuhan lindungi suami dari Syamsul

Isteri Aaron syukur Tuhan lindungi suami dari Syamsul

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon terkenal, Aaron Aziz iaitu Diyana Halik memanjatkan rasa syukur kerana kasih sayang Tuhan menjauhkan diri suaminya daripada terbabit projek Syamsul Yusof.

“Saya kini sedar kalau nak all out kita perlu tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting.

“Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini. Allah lebih tahu dan perancang yang terbaik,” ujarnya.

Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul sendiri iaitu KL Gangster.

Diyana, 42, berkata, kecederaan berlaku ketika Aaron menjalani latihan dan berharap Syamsul memahami keadaan dilalui suaminya itu.

“Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan.

Diyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis sebagai respons kepada kenyataan Syamsul yang berkongsi punca Aaron digugurkan dalam The Original Gangster.

Laporan media sebelum ini turut melaporkan Aaron mula mengalami kesakitan selepas ditimpa kemalangan semasa penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia pada 2013.

Dalam pada itu, Diyana mendedahkan dia banyak menangis sepanjang projek lakonan KL Gangster kerana tidak menyangka perlu melalui detik-detik sukar sebagai seorang pengurus artis kepada Aaron.

Diyana bagaimanapun mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku
dan menegaskan apa pun yang terjadi, budi bahasa tetap perlu diutamakan.

“Saya menangis teruk untuk projek ini.

“Sepanjang bergelar pengurus, saya tidak pernah lalui detik sukar seperti ini, ” katanya

 

Pada Rabu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan dalam The Original Gangster walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan.

Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan dan keputusan itu bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain yang terlibat.

Author

Pilihan Editor