HomeBeritaJatuh hati dengar alunan al-Quran, dua pelancong Jepun peluk Islam

Jatuh hati dengar alunan al-Quran, dua pelancong Jepun peluk Islam

CYBERJAYA: Alunan bacaan al-Quran dari peserta tilawah ternyata menjentik hati dua pelancong dari Jepun untuk memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), wanita berkenaan pada ketika itu mengunjungi Masjid Negara dan secara kebetulan mendengar alunan ayat suci al-Quran dalam Majlis Saringan Tilawah Al-Quran anjuran JAWI.

“Salah seorang peserta acara tilawah berkesempatan menyampaikan tentang keindahan ajaran Islam kepada mereka berdua.

“Alhamdulillah, mereka melafazkan syahadah hari ini (Selasa) sebelum kembali ke Tokyo.

“Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya,” maklumnya.

Untuk rekod, Masjid Negara merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dari luar negara.

Author

Pilihan Editor