HomeBeritaViral'Jual kuih sebiji-sebiji lagi bagus daripada sebekas' - Netizen

‘Jual kuih sebiji-sebiji lagi bagus daripada sebekas’ – Netizen

CYBERJAYA: Mungkin di awal Ramadan, kedengaran isu berhubung harga makanan di bazar naik mendadak, peniaga jual martabak rentung dan ada juga yang ‘bising’ mengenai roti john dijual mahal sedangkan isi cuma telur semata.

Belum selesai isu terbabit, timbul pula suara menzahirkan rasa kesal dengan peniaga kuih-muih yang rata-ratanya menjual secara ‘packing’ satu bekas sejenis kuih.

Keluhan peniaga kuih yang meluahkan jualan kuih mereka tidak habis menjadi topik buat warga net memberi reaksi tersendiri.

Menjengah di page Facebook Komuniti Kepala Batas, isu berkenaan ‘kuih tak laku’ itu menjadi perhatian apabila rata-rata netizen menyatakan pilihan jenis kuih kini menjadi terhad apabila peniaga menjual secara ‘packing’.

Rata-rata warga net berpandangan peniaga kuih-muih sewajarnya menjual juadah beraneka jenis itu secara asing bagi memudahkan mereka membuat pilihan kuih yang mereka idamkan.

“Sekarang kuih-kuih banyak pack sesiap. Kadang kita nak beli kuih campur-campur buat rasa-rasa. Kalau dah satu pack RM3. Beli tiga,empat jenis kuih dah berapa kan,” luah seorang netizen, Aisyaa Shabudin.

“Tula pasai… kebanyakan kuih yang dah packing siap-siap. Mana maunya nak beli… bukan nak makan hat satu jenis ja banyak-banyak, pelik-pelik peniaga la ni… kira nak suruh beli hat pack siap dah… pastu kalau nak beli lain jenis dah 5 ringgit dah… memang tak la nak beli,” kata Mohd Fadrul Esham.

“Jual sebiji-sebiji lagi bagus, pembeli boleh buat pilihan kalau jual sebekas tu nak makan seketul saja. Prefer beli yang boleh pilih-pilih,” ujar Nina Marina.

Dalam pada itu, ada juga yang hampir merajuk dengan sikap peniaga kuih-muih ini kerana sanggup menjual dengan harga yang mahal namun kualitinya tidak seberapa.

“Tambah geram kalau kuih-muih yang kita beli tu tak seberapa rasanya. Akhirnya, kuih tu tak habis dimakan then ke tong sampah la jawabnya. Frust beli kuih banyak-banyak tapi rasanya ‘tuuuut’,” luah seorang netizen yang tidak mahu dikenali.

Justeru, diharapkan peniaga kuih-muih di bazar dapat menjadikan ‘feedback’ warga net ini sebagai penanda aras dalam menyediakan jualan yang berkualiti dan memuaskan hati.

Author

Pilihan Editor