HomeSukanKlinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 terima 1,000 penyertaan

Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 terima 1,000 penyertaan

KUALA LUMPUR: Penganjuran Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 di gelanggang bola keranjang dan padang bola sepak Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh amat menggalakkan.

1,000 penyertaan menggalakkan diterima dari umur 10 hingga 17 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia adalah merupakan kesinambungan program Kejohanan Piala Budak Kampung (PBK).

“Program yang berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad memfokuskan tiga jenis sukan iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

“Klinik Asas Sukan ini melibatkan sesi latihan yang dikendalikan oleh bekas-bekas atlet yang pernah mengharumkan nama Malaysia dan Selangor.

“Antaranya Karishma S. Loganathan dan Nur Firra Syuhada Hasrin (bola jaring), Khalid Ali, Shahrin Majid dan Hardi Jaafar (bola sepak) serta Farhan Adam dan Haziq Hairul Nizam (sepak takraw).

“Kita asah bakat baru dengan tidak lupa bakat berjasa,” katanya.

Program julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat menggalakkan yang menerima hampir 1000 penyertaan dan akan dibuka pada sesi-sesi seterusnya dalam tahun ini.

Tambah Mohd Khairuddin, diharapkan penganjuran program ini dapat menjadi platform kepada para belia selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat sukan yang diasah agar menjadi atlet profesional, disamping sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk terus mendekati komuniti sukan akar umbi.

Author

Pilihan Editor