HomeHiburanLenka ‘The Show’ akan warnai Zepp KL 1 Mei ini  

Lenka ‘The Show’ akan warnai Zepp KL 1 Mei ini  

 

CYBERJAYA: Tahun 2023 terus dimeriahkan dengan anjuran pelbagai konsert demi memenuhi hasrat para pencinta muzik.

Malah, penyanyi terkenal antarabangsa, Lenka, juga akan mengadakan konsert di Zepp KL pada 1 Mei ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘The Show’ dan ‘Trouble is a Friend’ itu turut menzahirkan rasa keterujaannya untuk bertemu dengan peminat-peminat di Asia khususnya di Malaysia.

Sementara itu, pihak penganjur, Push Play percaya bahawa dengan kehadiran Lenka di ibu kota dapat memberi keseronokan buat para peminat yang merindukan penampilan penyanyi itu.

“Konsert ini juga akan membawa memori terindah kepada para peminat dan mereka akan berpuas hati dengan persembahan Lenka yang tidak lama lagi dipersembahkan di Malaysia,” kata Nika, Ketua Pegawai Eksekutif Push Play.

Justeru, bagi peminat yang ingin menonton persembahan Lenka ‘live in KL’, boleh membeli tiket secara dalam talian di laman www.myticket.asia .

Harga jualan tiket bermula RM189 (Standing Zone), RM239 (Seating Zone) dan RM3,800 (VIP Box).

Author

Pilihan Editor