HomeHiburanNak 'celup' lain, pulangkan dulu kat mak pak dia - Syatilla Melvin

Nak ‘celup’ lain, pulangkan dulu kat mak pak dia – Syatilla Melvin

KLANG: “Hang amik orang tu dengan cara elok, dengan mak bapa dia. Kalau hang tak mau, kalau hang rasa nak celup kat tempat lain, hang bagi pulangkan elok-elok kat mak bapak dia, tak payah la hang nak pukul-pukul dia la,” kata pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin.

Syatilla berkata demikian ketika diminta mengulas isu keganasan rumah tangga yang berleluasa ketika ini.

Terdahulu, pelakon Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Pada Isnin, pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bahru bagi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh.

Syatilla mengulas isu itu berkata, apabila suami memukul isteri, orang akan hilang rasa hormat.

“Hang pukul orang tak ‘respect’ hang tau tak? Orang kutuk hang lagi ada la, ni Tila beritahu mewakili perempuan lain ye.

“Hampa tolonglah percaya pada karma, esok lusa tulat, hampa akan terduduk tersungkur, Tila cakap betoi.

“Setakat ini kita dengar orang yang kena pukul kat media sosial tu, orang yang kita kenal, tahu walaupun tak rapat, kita tau dia siapa.

“Sakit hati kalau kawan-kawan jantan sendiri yang buat macam tu, hang pulangkan la isteri hang cara elok, hang nak lawan sapa? Nak lawan perempuan?”

Terdahulu, berlangsung Majlis Pelancaran Edisi Raya Kekasih Lebaran 2023 The Melvins, bersama peminat setianya, yang turut dihadiri artis seperti Nadiyah Shahab, Nadiya Nisaa dan pempengaruh Tiktok, di Glass House, di sini.

Kekasih by The Melvins diasaskan oleh pelakon, Siti Nur Syatilla, 32; bersama adik beradiknya, iaitu Siti Nur Syafiqa, 33; Siti Nur Syifa Athirah, 29; dan Siti Nur Syida, 26, pada 2019 dengan tagline hangat dan riuh, ‘Satu KEKASIH cukup ke?’.

Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan Kekasih yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.

Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Kekasih muncul dengan rangkaian produk edisi Raya Kekasih iaitu kosmetik dan moisturiser.

Author

Pilihan Editor