HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis cari individu rakam gambar, pemilik kereta ada vest polis

Polis cari individu rakam gambar, pemilik kereta ada vest polis

IPOH: Polis meminta individu yang merakam gambar kereta mengandungi vest polis yang menghalang lalu lintas di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini untuk tampil membantu siasatan.

Perkara itu susulan, foto memaparkan kereta jenis Proton Saga itu tular di Twitter selepas diparkir secara berlapis hingga menghalang lalu lintas.

Malah, foto terbabit mendapat perhatian warga maya berikutan vest polis yang diletakkan di atas papan pemuka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik akaun Twitter yang memuat naik gambar itu boleh menghubungi Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222.

“Polis sedang mengesan individu yang merakam gambar itu bagi membantu mengenal pasti pemilik kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu hingga menjejaskan siasatan mahupun menggugat reputasi pihak polis.

Author

Pilihan Editor