HomeBeritaViralPenangan beli burger tengah malam, dapat 'free gift' lain macam

Penangan beli burger tengah malam, dapat ‘free gift’ lain macam

CYBERJAYA: Kebiasaanya jika lapar di tengah malam, pasti ramai yang akan mencari makanan seperti mi segera atau mungkin burger yang dijual di tepi jalan.

Bukan sekadar mudah, malah rasanya yang enak dimakan panas-panas dengan tawaran harga yang berpatutan pasti membuatkan selera makan tengah malam itu lebih puas.

Bagaimanapun, siapa sangka dek kerana membeli burger lewat malam, seorang netizen ini menerima burger ‘rare‘ oleh penjual.

Menerusi perkongsian di TikTok @yunnyotnyot, dirinya memuat naik video memaparkan burger yang dibeli mendapat ‘topping‘ istimewa.

Dalam paparan video itu, bungkusan burger dibuka oleh si pembeli lalu jelas kelihatan stapler di atas burger tersebut.

Rata-rata netizen yang melihat video itu beranggapan peniaga burger itu mungkin keletihan hingga terlepas pandang akan stapler yang dibungkus dalam burger itu.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan stapler berkenaan adalah ‘free gift’ buat pembeli.

Author

Pilihan Editor