HomeNiagaRoborock perkenal robot vakum siri S8 di Malaysia

Roborock perkenal robot vakum siri S8 di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pereka teknologi robotik ultra pintar yang direka khas untuk memudahkan kehidupan, Roborock, kini melancarkan produk pembersih vakum mewah siri Roborock S8.

Syarikat robot vakum, AI China dengan barisan produk kelimanya di negara ini dijangka mampu membantu pengguna membersihkan kediaman lebih praktikal.

Naib Presiden Jabatan Jualan Luar Negara Roborock, Elvis Wang berkata, asprasi Roborock ketika mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 adalah memberikan penyelesaian mudah kepada pengguna.

“Produk ini akan membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencuci
kediaman, sekaligus memberikan mereka lebih banyak masa untuk melakukan tugasan lain.

“Kami menjangkakan industri akan terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang, dengan galakan oleh peningkatan pembandaran, peningkatan pendapatan boleh guna dan trend ke arah aplikasi rumah pintar yang semakin meningkat.

“Sebagai jenama yang menawarkan produk pembersih vakum mewah dengan harga berpatutan, kami akan terus mempertimbangkan titik harga kami, menggalakkan kesedaran pengguna dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih memuaskan.

“Dengan pengenalan siri S8, yang merupakan satu lagi produk yang membawa revolusi terkini daripada Roborock, sudah pasti akan menawarkan lebih banyak fungsi dan keupayaan kepada pengguna.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa kami boleh menawarkan produk yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa yang lain,” ujar beliau di dalam satu kenyataan.

Roborock kini telah berada di pasaran Malaysia sejak lima tahun lalu dan telah memantapkan kedudukannya sebagai salah satu jenama pembersih vakum pilihan utama pengguna dengan inovasi kecerdasan buatan.

Fungsi dan prestasi yang cemerlang menjadikannya salah satu pembersih vakum robot terlaris dijual di pasaran tempatan.

“Kami yakin dengan pertumbuhan dan perkembangan pasaran kami di Malaysia kerana wujudnya permintaan untuk produk kami.

“Kami berterima kasih kepada rakan strategik pemasaran kami seperti Lazada, Shopee dan TikTok kerana mereka merupakan platform e-dagang yang memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan jualan kami dengan pesat, ” katanya.

Roborock juga merancang untuk membuka premis fizikal di Malaysia bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih lengkap buat pelanggan.

Pengarah Asia Pasifik Roborock, Joan Hu berkata, perkara utama yang menjadikan jenama ini berdaya saing dan menonjol dalam pasaran ialah sokongan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan yang kukuh, dengan pelaburan yang mewah dalam tenaga pakar yang terdiri daripada jurutera mahir, saintis, pakar pembuatan dan pereka bentuk.

Majlis pelancaran produk di Malaysia pada tahun 2021, telah diadakan secara dalam talian melalui siaran langsung, yang menampilkan atlet negara Datuk Wira Lee Chong Wei dan Tan Boon Heong sebagai tetamu istimewa.

Kali ini, Roborock telah bekerjasama dengan selebriti Daphne Iking.

Siri Roborock S8 menampilkan kuasa sedutan yang lebih baik dengan kelengkapan berus dwi-gelek.

Siri ini boleh didapati dalam tiga model, iaitu Roborock S8 Pro Ultra, Roborock S8+, dan Roborock S8.

Model teratas, S8 Pro Ultra yang menampilkan sistem RockDock Ultra baharu, yang menyediakan ciri pembersihan mop automatik, pengosongan dan pengisian semula habuk serta pembersihan diri.

Author

Pilihan Editor