HomeHiburan‘Saya bukan wali Allah’, Aliff Aziz kecil hati digelar penunggang agama

‘Saya bukan wali Allah’, Aliff Aziz kecil hati digelar penunggang agama

 

CYBERJAYA: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz meluahkan rasa kecewa apabila dirinya seringkali terpalit dengan gelaran ‘penunggang agama’.

Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 32, berharap netizen dapat menghentikan kecaman dan tomahan terhadapnya.

“Yang paling saya rasa terkejut dan terkilan apabila saya sudah berhijrah tetapi terpalit isu kontroversi sebelum ini, ada pula kata seperti penunggang agama dan yang berkata (negatif) itu adalah kaum berbangsa Melayu.

“Jangan patah semangat dengan memberikan tomahan kepada individu yang ingin berubah, walaupun saya pernah membuat silap tapi tidak salah untuk saya sebarkan kebaikan kerana tidak mahu yang lain ikut sama seperti saya dahulu,” katanya seperti dilapor mStar.

Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah itu berharap netizen dapat menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.

“Kalau boleh saya harapkan agar semua terus mendoakan kebaikan saya kerana saya bukan wali Allah yang tak pernah melakukan dosa, kadang-kadang tersadung (jatuh) tapi cuba untuk bangkit semula,” katanya.

Author

Pilihan Editor