PETALING JAYA: Teka-teki status rumah tangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.
Shuk berkata, dia menceraikan isterinya dengan talak satu pada 22 Mac lalu.
Katanya, keputusan berpisah itu dibuat selepas menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini.
“Kami sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu dengan cara baik.
“Anak yang sulung sudah darjah satu dan bersekolah di Sabah serta tinggal bersama ibu mereka di sana,” katanya kepada media.
Pada 17 Mac lalu, Shuk menjelaskan dia dan Sera masih berkawan baik dan tidak bermusuhan walaupun rumah tangga mereka dikatakan bermasalah.
November tahun lalu, Sera memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa berlaku curang.
Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.