HomeSukanWSBK: Loris Baz terlepas perlumbaan kedua di Mandalika

WSBK: Loris Baz terlepas perlumbaan kedua di Mandalika

PELUMBA dari Perancis, Loris Baz bertembung dengan Alex Lowes semasa perlumbaan Superpole di Litar Mandalika, Indonesia hari ini.

Loris Baz dari pasukan Bonovo Action BMW, tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan kedua Motul Indonesia selepas dia disahkan mengalami patah tulang kaki kanan dan buku lali berikutan pertembungan dengan Alex Lowes dari pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK.

Pertembungan itu berlaku semasa perlumbaan Tissot Superpole pada Ahad untuk Kejohanan Dunia Superbike MOTUL FIM.

https://twitter.com/worldsbk/status/1632215986018430977?s=46&t=aWDKYtpUaoeXQ9TGXK-K7g

Baz dan Lowes kedua-duanya bersaing rapat semasa pusingan ketiga semasa menuju ke selekoh ke-10 dimana ketika di zon brek, Lowes telah membuat sentuhan dengan kaki Baz.

Selepas pertembungan terbabit, kelihatan Baz dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan, Bas didiagnosis dengan retak kaki dan patah buku lali kanan.

Justeru, Baz terlepas Perlumbaan 2 Pusingan Indonesia.



Author

Pilihan Editor