HomeBerita2 lagi ditahan bantu kes Hoorrey X Fest Raya WTC

2 lagi ditahan bantu kes Hoorrey X Fest Raya WTC

KUALA LUMPUR: Dua lagi individu ditahan susulan kes penganjuran festival Hoorrey X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang tular minggu ini.

Dua individu terbabit ialah pengurus majlis dan pegawai pemasaran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, penahanan kedua-dua suspek itu susulan tiga yang lain termasuk dua wanita yang ditahan awal minggu ini, bagi membantu siasatan.

“Kedua dua suspek masing-masing berusia 74 tahun dan 43 tahun, ditahan di ibu negara.

“Mereka kini telah direman selama empat hari bermula 21 hingga 24 April ini untuk membantu siasatan lanjut dalam kes ini,” katanya kepada sebuah portal.

Bagaimanapun, tiga suspek awal telahpun dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan mereka.

Katanya, kerugian dianggarkan berjumlah RM80,800 setakat ini.

Tambahnya, polis akan mendapatkan lagi jumlah wang yang terlibat dalam penganjuran majlis tersebut dengan penahanan terbaharu ini.

Justeru, beliau menyeru mangsa yang terlibat dengan kes ini tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Author

Pilihan Editor