HomeGaya HidupJom MakanKelupis dan komis juadah ‘special’ Aidilfitri di Sabah

Kelupis dan komis juadah ‘special’ Aidilfitri di Sabah

 

CYBERJAYA: Sebut mengenai makanan tradisional, rata-rata masyarakat di Malaysia mempunyai makanan tradisi tersendiri untuk dibuat sewaktu hari perayaan.

Kelupis, makanan tradisional dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan yang begitu sinonim dengan masyarakat di pantai barat Sabah.

Di Sabah, selain daripada ketupat mereka juga menyediakan kelupis sebagai juadah wajib bagi sambutan hari raya Aidilfitri.

Cara pembuatan yang hampir sama dengan ketupat dan yang buatkan ia berbeza hanya kelupis menggunakan daun palas.

Asilah Nuha Muhd Farid menyatakan kelupis adalah menu wajib dihidang pada hari lebaran bagi dia sekeluarga.

Menurut seorang penuntut universiti, Asilah Nuha Muhd Farid, 24, pembuat kelupis lebih enak jika mengikut resepi turun temurun kerana ianya merupakan resepi asli.

“Ada yang campur bunga cengkih untuk lebih menyedapkan. Ada yang lebihkan santan atau pandan.

“Jadi selalunya kalau kelupis itu kita makan dengan apa macam selalu orang buat pulut durian yang ada santan itupun sedap jugak,” katanya.

Selain daripada kelupis, tapai turut menjadi makanan istimewa ketika sambutan hari raya di Sabah.

Di Sabah, terdapat dua jenis tapai yang popular iaitu tapai beras dan tapai ubi.

Menariknya, rumah terbuka yang menyediakan tapai akan menjadi tarikan untuk orang ramai datang menziarah.

Menurut Asilah, di Sabah tapai dikenali sebagai ‘komis’ yang membawa maksud tapai manis. 

Katanya, komis lebih sedap dinikmati bersama aiskrim vanila. 

Jelasnya, bagi mendapatkan rasa tapai yang mantap, pemilihan beras pulut haruslah diberi perhatian kerana tidak semua penjual yang menjual beras pulut asli kerana ada yang mencampurkan dengan beras biasa.

“Tapi dekat Semenanjung saya selalu lihat orang jual tapai ubi kayu. Sabah ada juga tapi lebih kepada beras,” jelasnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor