HomeBeritaViralHattan tempelak pembaca berita teruk dikecam netizen

Hattan tempelak pembaca berita teruk dikecam netizen

CYBERJAYA: Penyanyi otai Datuk Hattan teruk dikecam oleh warga net selepas insiden beliau menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen kerana tidak membuat pembacaan sebelum bertanya soalan.

Baru-baru ini tular di Twitter rakaman temu bual Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung bagi mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Susulan daripada soalan yang diajukan itu, keadaan berubah menjadi tegang apabila pembaca berita tidak dapat menjawab soalan Hattan yang bertanyakan semula kepada pembaca berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Kemungkinan pembaca berita tersebut panik dengan soalan secara tiba-tiba dan telah tersalah sebut komposer lain sebagai penulis lirik kumpulan XPDC.

Kecewa dengan jawapan yang diberikan, penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu sempat ‘sekolahkan’ pembaca berita itu sebelum bertindak mematikan talian.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak profesional Hattan serta tidak dapat membezakan antara wartawan dengan pembaca berita.

“Awak tu selingan dalam berita je bukan slot interview eksklusif buat homework bagai. kalau saya, saya repeat her words je. ‘Okay Dato teruskan. Okay Dato boleh ceritakan. Okay Dato boleh kongsikan. Okay nampaknya talian terputus Dato. Kita berehat seketika bersama Farm Fresh.

“Tak gentle siak Hattan buat macam tu. Dah tahu penyampai tu salah betulkan la bukannya bila orang tu tanya soalan then jawab dengan soalan lepas tu nak merentan. Apo kono eh jang?.

“Rude. Unprofessional by Hattan. Selingan dalam berita je. Bukan wawancara eksklusif.

“And siapa backup Hattan tu, i think u need to know differentiate pembaca berita dan wartawan,” tulis mereka.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

 

Author

Pilihan Editor