HomeSukanJDT mudah jinakkan Sang Kenari di SSI

JDT mudah jinakkan Sang Kenari di SSI

JOHOR Darul Ta’zim FC (JDT) berada di kelas tersendiri apabila mudah membenam pasukan yang berada di tempat kedua Liga Super 2023, Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Kedua-dua pasukan bermula dengan agak seimbang sebelum penjaring terbanyak Liga Super 2023, Fernando Forestieri meletakkan JDT dihadapan hasil umpanan Feroz Baharudin pada minit 23 permainan. Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama. 

JDT bermula sangat garang apabila berjaya menghasilkan tiga pantas dalam tempoh 10 minit selepas sepak mula babak kedua bermula dengan tandukan cantik Feroz pada minit ke 48, diikuti Oscar Arribas minit ke 50 dan kesempurnaan sepakan penalti Bergson pada minit ke 53. 

Kedah yang cuba bangkit dalam mimpi ngeri ini terus diranap oleh JDT apabila dihadiahkan penalti kedua selepas pemain paling bernilai, Arif Aiman dijatuhkan oleh Azrin Afiq. 

Walaupun penalti itu berjaya disempurnakan Arif Aiman tetapi ia dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana kontroversi.

Keputusan itu tampak tidak memberi kesan kepada Arif Aiman apabila dia meletakkan nama sebagai penjaring pada minit ke 76 dengan gerakan cantik sebelum Leandro melengkapkan malam gemilang JDT dengan gol ke enam pada minit ke-86.

https://twitter.com/mfl_my/status/1645097229219409921?s=46&t=aWDKYtpUaoeXQ9TGXK-K7g

Keputusan 6-0 keatas Kedah ini mengekalkan kedudukan JDT di puncak liga dengan 24 mata maksimum selepas lapan perlawanan. 

 

Author

Pilihan Editor