HomeBeritaViralKejam! Anjing diikat dan diseret guna lori

Kejam! Anjing diikat dan diseret guna lori

 

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter berkongsi gambar seekor anjing hitam yang dirantai dan diseret dalam keadaan terbaring oleh sebuah lori di Serdang Jaya pada Selasa lalu.

Pengguna dikenali sebagai doktor Ima di akaun Twitter @drimavet berkata, dia menerima gambar yang menyayat hati itu daripada seseorang dalam grup WhatsAppnya.

“Tidak dapat dipastikan sama melalui gambar ini anjing tersebut masih hidup atau sudah mati ketika itu.

“Saya juga tidak pasti perbuatan ini disengajakan atau tidak,” katanya.

Menurutnya pemilik akaun pada awalnya dia cuba bersangka baik.

“Saya cuba nak bersangka baik mungkin dia tidak perasan anjing itu diikat tetapi perbuatan sebegini tidak boleh diterima. 

“Semoga kes ini dapat difailkan dengan segera dan disiasat supaya tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada si pelaku jika didapati bersalah,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan kejam pemandu lori yang tidak berhati perut itu.

“Apa salah anjing itu, dia pun makhluk Allah, tak perlulah diperlakukan begitu, memang tak berperikemanusiaan betul si pelaku itu.

“Kalaulah ini memang sengaja moga orang yang heret itu cacat seumur hidup, kudung kaki tangan terseksa sepanjang hayat.

“Jahatnya si pelaku. Tak ada langsung perasaan belas kasihan dalam diri,” tulis mereka.

Justeru, pemilik akaun turut berkongsi video cara-cara membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak polis serta pihak yang berkaitan untuk dikenakan tindakan lanjut.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor