CYBERJAYA: Taktik segelintir pekerja kedai kecantikan yang gemar menarik pelanggan untuk mencuba produk mereka semakin berleluasa terutamanya di dalam pusat beli belah.
Menerusi video perkongsian @hklkhrol di TikTok, kelihatan seorang lelaki ‘reda’ apabila seorang penjual menyapu sejenis krim kecantikan ke seluruh mukanya.
Taktik yang digunakan oleh peniaga tersebut kebiasaannya bermula dari cara mereka menarik beberapa pelanggan untuk mencuba produk sekaligus memaksa untuk membeli barangan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net turut berkongsi pengalaman yang sama ‘terkena’ jerat apabila berhadapan dengan peniaga sedemikian.
“Aku pernah kena weh, balik-balik pakai terus mengelupas tangan, kaki naya pastu pergi cari balik takdak dah,” luah seorang netizen.
“Pernah juga lah kena, dah pakaikan lepastu suruh bayar kami taknak, dia buat muka.
“Paling kesian adik aku,dah la dia jenis slow learner, tuptup kena beli. Terus hilang duit baju raya. Adik aku blur tak tahu nak buat apa,” kongsi warga net.
Malah, ada juga yang beranggapan seperti ‘kena pukau’ setelah ditarik oleh golongan seperti ini, sehingga tidak mampu menolak daripada membeli produk kosmetik itu.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)