HomeBeritaMogok doktor: IPT punca lambakan doktor menganggur - CEO KPMC

Mogok doktor: IPT punca lambakan doktor menganggur – CEO KPMC

KAJANG: Hampir semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini menawarkan program melahirkan doktor yang dikatakan menjadi punca lambakan doktor mengganggur saban tahun.

Pengeluaran doktor tanpa kawalan tanpa kiraan yang relevan menyebabkan isu ini semakin membarah sehingga membawa kepada isu ribuan doktor kontrak mogok apabila mereka gagal mendapat jawatan tetap.

Sebagai pemain industri, Ketua Pegawai Eksekutif Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), Datuk Saroni Judi mengulas isu doktor mogok meletakkan punca sebenar perkara ini timbul adalah pengeluaran doktor yang tidak dikawal di peringkat IPT sejak beberapa tahun lalu.

“Setiap perkara ada kiraan, ada had dan sempadan tanpa semua ini akan berlaku kerosakan, masalah besar sehingga sukar dibendung.

“Dahulu hanya beberapa IPT sahaja yang mengeluarkan doktor tetapi sekarang hampir semua IPT menawarkan doktor.

“Kenapa semua IPT tawar program doktor? Kerana programnya lebih lama, kos yurannya lebih mahal dan menguntungkan pusat pengajian.

“Lambakan graduan doktor sehingga sekarang mereka tidak mampu diserapkan di dalam perkhidmatan tetap.

“Bilangan jawatan tetap dalam kerajaan adalah sangat sedikit dan ini ditentukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jawatan tetap ditentukan oleh JPA dan ia terhad kerana kerajaan tiada bajet,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Bermula 3 April sehingga 5 April, kumpulan doktor kontrak yang dikenali Mogok Doktor Malaysia tidak berganjak daripada keputusan untuk meneruskan mogok melibatkan 10,000 sehingga 13,000 petugas kesihatan awam.

Isu yang berlegar ketika ini adalah Kementerian Kesihatan ingin menghapuskan elaun kritikal, waktu bekerja sangat panjang, kerja lebih masa tidak boleh tuntut elaun selain cuti rehat yang amat kurang, housemanship selama dua tahun di hospital kerajaan tetapi tidak boleh diserap ke jawatan tetap.

 

Author

Pilihan Editor