HomeBeritaViralPenganjur Hoorrey cagar kereta bayar vendor dalam 7 hari

Penganjur Hoorrey cagar kereta bayar vendor dalam 7 hari

KUALA LUMPUR: Penganjuran jualan raya 72 jam tanpa henti Hoorrey X Fest Raya 2023 bertukar jadi 72 jam kecoh gara-gara duit tapak gagal dipulangkan selepas acara berkenaan diumumkan gagal dilaksanakan.

Acara yang sepatutnya menghimpunkan vendor-vendor jualan sempena raya Aidilfitri, sepatutnya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 April hingga 21 April ini bertukar menjadi ‘kecoh’ apabila acara itu dibatalkan saat akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd mewakili Tenview (M) Sdn. Bhd sebagai penganjur, Datuk Mohammad Alif Hakim yang dikatakan penganjur utama acara ini tiba-tiba menyatakan bahawa Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman merupakan penganjur utama dalam acara ini.

Tambahnya, dia hanya mengikut arahan dari pihak atasan.

Makluman tersebut mendapat kecaman daripada pihak vendor yang rata-rata sangat tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihaknya.

Lebih 200 vendor terbabit berkumpul di PWTC sejak jam 2 petang menuntut bayaran tapak niaga antara RM1,500 hingga RM80,000 setiap seorang yang dibayar kepada Tenview agar dipulangkan.

Boy Iman yang ditunggu-tunggu muncul tidak muncul malah difahamkan sudah berada di Singapura.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi yang juga salah seorang vendor acara itu diminta orang ramai untuk membantu menjadi perantara antara tuntutan vendor dan penganjur.

Setelah perbincangan diadakan selama empat jam akhirnya penganjur bersetuju mencagarkan kereta miliknya bernilai RM180,000 bersama beberapa buah kereta ahli keluarga.

Proses cagaran itu dilakukan oleh Semboyan yang dilantik sebagai orang tengah dan pembayaran perlu dilunaskan dalam tujuh hari.

Beberapa laporan polis telah dibuat.

TERUS BERSAMA MEDIA VARIASI UNTUK MENGETAHUI INFO YANG TERKINI

Author

Pilihan Editor