HomeHiburanProjek Bapak Bapak: Penonton samakan Roy Azman seperti Haha dalam Running Man

Projek Bapak Bapak: Penonton samakan Roy Azman seperti Haha dalam Running Man

CYBERJAYA: ‘Projek Bapak Bapak’ terbitan Astro berjaya membawa kelainan kepada artis veteran yang sering terlihat dengan watak yang tegas dan serius. Siapa sangka Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram mempunyai humour tersendiri.

Rancangan ini membawakan konsep melancong sambil berhibur, Roy Azman dan Jatt Ali juga antara artis yang terlibat dalam rancangan ini. Menariknya, mereka diberi tugasan dan cabaran tertentu untuk dilaksanakan sewaktu melancong.

Dalam episod pertama, gelagat mereka mentertawakan Datuk Jalaluddin yang gayat sewaktu melakukan misi di tempat tinggi sehingga beliau berpatah balik akibat dikacau oleh Roy Azman.

Menjengah ke ruangan komen, warga net menyamakan pelakon Roy Azman seperti Haha Running Man, program aneka ragam Korea kerana sifatnya yang kuat membahan peserta yang lain.

“Roy (Haha), Ramli MS (Jaesuk), Dato Jalal (Seokjin).”

“Tak baik tau Roy ayam-ayamkan Datuk Jalal, kawan dah nak gerak kot gelaknya dari bawah,” tulisnya.

Warga net berharap pihak produksi televisyen banyakkan lagi rancangan seperti ini daripada drama kisah cinta yang banyak ditayangkan di TV.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor