HomeBeritaViral‘Saya berjanji tidak akan main mercun lagi’ - netizen terhibur gelagat budak...

‘Saya berjanji tidak akan main mercun lagi’ – netizen terhibur gelagat budak kena ‘tahan’ polis

CYBERJAYA: Menjelang perayaan Aidilfitri, suasana persiapan sambutan hari lebaran itu menjadi meriah apatah lagi dengan bunyi percikan mercun dan bunga api.

Namun, harus diingatkan untuk bermain mercun dan bunga api khususnya dalam kalangan anak kecil harus dipantau bagi tujuan keselamatan.

Baru-baru ini, tular video pendek memaparkan sekumpulan kanak-kanak dikenakan ‘denda’ oleh pihak polis kerana bermain mercun tidak kena tempat.

Video yang tular di laman Twitter itu memaparkan adegan empat kanak-kanak lelaki berdiri tegak di tembok sambil mengangkat tangan berikrar bahawa mereka tidak akan bermain mercun lagi.

https://twitter.com/bckupacc99/status/1649178246016307200?s=46

Pada masa sama, mereka turut diperhatikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan, tujuan pihak polis mengenakan denda sedemikian kepada empat kanak-kanak itu adalah sebagai pengajaran buat mereka fahami kesilapan yang dilakukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa lucu dengan momen yang dialami kanak-kanak tersebut.

Namun, warga net faham bahawa tindakan yang dilakukan polis itu adalah bertujuan mendidik mereka.

Author

Pilihan Editor