HomeBeritaViral‘Sedap dan halal!’ - ‘Influencer’ terkenal dari UAE puji menu McDonald’s Malaysia

‘Sedap dan halal!’ – ‘Influencer’ terkenal dari UAE puji menu McDonald’s Malaysia

CYBERJAYA: Umum mengetahui bahawa syarikat makanan segera McDonald’s mempunyai banyak cawangan di serata dunia.

Menariknya, menu di setiap negara amat berbeza mengikut citarasa negara tersendiri.

Baru-baru ini, pasangan suami isteri ‘influencer‘ dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalid Al Ameri dan Salama Mohamed menarik perhatian warga net apabila berkongsi pengalaman mereka menikmati makanan di McDonald’s Malaysia.

Menerusi video yang dimuat di Instagram milik Khalid, kelihatan babak pasangan terbabit memesan beberapa jenis makanan dan minuman yang tiada di McDonald’s UAE seperti nasi lemak, ayam goreng, bubur ayam, serta chicken & beef foldover.

Ketika ditanya berapa rating yang mahu Salama beri bagi menu set nasi lemak McDonald’s, isteri kepada Khalid itu berkata ‘11/10’.

Malah, kedua mereka memuji menu yang disajikan McDonald’s Malaysia kerana memberi kesedapan yang enak.

Mereka turut mencuba air Kopi Susu dan Lychee Berry dari McCafe.

Telatah pasangan suami isteri itu turut membuatkan peminat mereka terhibur.

Author

Pilihan Editor