HomeHiburanTuduhan orang ketiga bukti Farid Kamil tidak kenal Diana Danielle

Tuduhan orang ketiga bukti Farid Kamil tidak kenal Diana Danielle

CYBERJAYA: Pelakon, Diana Danielle baru-baru ini menyatakan suaminya, Farid Kamil seolah-olah langsung tidak mengenali dirinya.

Diana berkata demikian berikutan sebelum ini Farid pernah mendakwa bahawa rumah tangga mereka pernah diganggu oleh pihak ketiga.

Bagaimanapun, Diana menegaskan rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak mampu menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya lagi.

“Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.

“Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya,” katanya menerusi Instastory.

Pada 12 April, Farid tampil membuat permohonan maaf kepada Diana susulan dakwaan wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan cerai awal Mac lalu.

Permohonan maaf itu bukan sahaja kepada Diana tetapi ibu mentuanya, Norsiah Ramli.

Kemelut perkahwinan antara kedua pelakon ini masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih ada perasaan sayang.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Author

Pilihan Editor