WASHINGTON: Rumah Putih pada Khamis berkata negara itu tidak mempunyai “jawapan yang baik” kepada soalan seorang wartawan mengenai tindakan semakin banyak negara yang kini beralih daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS).
“Saya perlu menjawab soalan anda tapi saya tidak mempunyai jawapan yang baik,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan John Kirby dari Majlis Keselamatan Negara.
Selama beberapa dekad dolar AS telah menjadi mata wang global rizab, namun beberapa negara di seluruh dunia mula beralih daripadanya dalam proses pengurangan pergantungan kepada mata wang berkenaan.
Rusia dan China tidak lagi menggunakan dolar dalam perdagangan dua hala, sebaiknya menggunakan mata wang sendiri di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan Washington.
Negara lain juga berusaha untuk merangka penggunaan mata wang baharu, termasuk kripto atau menyimpan rizab bank pusat mereka dalam emas dan bukannya dolar, katanya. – BERNAMA-ANADOLU