HomeBeritaPolitikKonvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan bincang isu ekonomi rakyat

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan bincang isu ekonomi rakyat

 

KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dijadual pada 14 Mei ini bakal menjadi menjadi medan penting buat membincangkan agenda rakyat dan dianggarkan seramai 10,000 orang bakal membanjiri acara yang julung kali diadakan.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen bertemakan ‘Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu akan bermula pada jam 10 pagi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Menurut Asyraf Wajdi, pada sebelah pagi iaitu bermula 10 pagi akan diadakan dua sesi secara serentak iaitu Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bertempat di dewan merdeka serta Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn dan dijangka tamat pada 12.30 tengah hari.

Kemudian ia disusuli  konvensyen utama pada jam 2 petang, bermula dengan sidang bicara rakyat membabitkan tiga sesi utama dengan setiap wakil parti akan membentangkan mengenai komitmen Kerajaan Perpaduan dalam isu ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep madani dalam pelaksanaan agenda rakyat.

Konvensyen utama itu akan dihadiri semua presiden parti gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kemuncaknya adalah amanat daripada Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan deklarasi konvensyen yang akan diputuskan nanti,” katanya pada sidang media Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato, Onn di sini, hari ini.

Jelas beliau, konvensyen julung kali sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan enam bulan lalu akan disertai oleh 19 parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor