HomeBeritaViralCirit-birit lepas makan sushi, lelaki dedah ada ulat dalam botol kicap

Cirit-birit lepas makan sushi, lelaki dedah ada ulat dalam botol kicap

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular video seorang pelanggan mendedahkan dirinya mengalami cirit-birit selepas makan di sebuah restoran sushi popular di Sabah.

Menerusi perkongsian di Facebook Azrul Razak, dia terkejut apabila melihat ulat (maggot) yang masih bergerak di dalam botol kicap yang disediakan di restoran tersebut.

Kau duduk kat restoran sushi pilihan kau, excited nak makan sushi yang ko suka gila. Tapi lepas kau makan, kau ternampak satu benda bergerak kat sudut mata kau.

“Jantung kau terus berdegup kencang dan kau sedar dengan jelas, bukan benda khayalan tapi maggot, yang menggeliat dalam kicap sushi yang kau makan tu!” katanya.

Enggan berdiam diri, Azrul bertindak memanggil pelayan untuk memberitahu perkara berkenaan.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh pihak restoran amat mengecewakan.

Menurut Azrul, pengurus restoran itu hanya mengambil botol kicap tersebut dan membuang ke dalam tong sampah tanpa memberikan penjelasan kepadanya.

Tambahnya, untuk memastikan semua botol kicap itu bersih, dia meminta pengurus restoran untuk melihat setiap satu botol kicap dalam restoran tersebut sebaliknya, pengurus tersebut mengatakan bahawa semuanya bersih.

“Bila minta check orang lain punya kicap dia just cakap semua kicap yang lain ok. Tapi tak ada pergi check langsung. Kita tunggu tengok je sama ada dia nak check ke tak. Tapi dia ignore macam tak ada apa dan tinggalkan meja macam itu saja,” jelasnya

Bengang dengan sikap sambil lewa yang diberikan pengurus restoran tersebut, Azrul yang bekerja dalam bidang kesihatan menunjukkan kad pekerja kesihatan miliknya.

Malah, dia memaklumkan ingin membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Perkara yang paling ditakutinya akhirnya berlaku apabila dia mendakwa mengalami cirit-birit pada malam hari kejadian.

“Balik rumah malam tu, sakit perut, cirit birit tengah-tengah malam sampai berapa kali bangun pergi toilet sampai pagi. Masa ni dah start menyumpah tapi just harap orang lain tak kena.

“Esoknya tengah nak tidur dapat call dari orang Sushi zan*** bahagian KK, baru la nak minta maaf sebab apa jadi. My wife jawabkan and marah kan dia sebab aku tak larat lepas cirit bagai. 

“Yang sakit hati lepas dia tanya ‘betul ade video ke?’ Kalau ada minta bagi kat dia sebab dia takde bukti apa-apa kat cawangan tu. Maksudnya memang dah kena buang and bersihkan la kot,” ujarnya.

Justeru, Azrul berkata, jika sesiapa yang mengalami masalah sama pada hari kejadian, dia menyarankan agar turut membuat aduan untuk memudahkan urusan dan mengambil tindakan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor