HomeBeritaViralDSV keluar lagu ‘Happy Birthday’, netizen tak sabar nak ‘wish birthday’ kawan

DSV keluar lagu ‘Happy Birthday’, netizen tak sabar nak ‘wish birthday’ kawan

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau DSV, tampil keluarkan lagu selamat hari jadi versi terbaharu yang dicipta khas buat anak perempuannya, Cik B.

Menerusi hantaran di TikTok, DSV memuat naik sebuah video dia menyanyikan lagu itu ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran Cik B yang ke-18.

Malah, lagu yang diberi tajuk Hey Hey Birthday itu ditulis dan dicipta khas oleh komposer Amy Ukays.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan DSV hasilkan lagu untuk anaknya, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respon dalam kalangan warga net.

“Suka dengan DSV ini satu saja, apa yang keluar dari mulut dia semua benda yang baik-baik untuk anak dia ‘anak mama yang baik, anak mama yang kuat,” tulis netizen.

“DSV gembirakan hati semua orang apatah lagi anak-anaknya. Bukan setakat anak bertuah DSV pun bertuah. HB Cik B,” komen seorang netizen.

“Banyak yang positif ada pada DSV, walau sering dikecam, DSV wanita yang tabah, kuat berusaha sentiasa bina keyakinan dan motivasi pada anak-anaknya. Tabarakallah,” kongsi netizen.

Namun, ada juga yang berterima kasih kepada usahawan itu kerana telah menghasilkan lagu selamat hari jadi yang baru.

Thank you DSV keluarkan lagi birthday yang baru. Senang saya nak wish kawan-kawan saya lepas ini,” seloroh warga net.

“Dah lepas ini birthday orang wish kat IG Story semua pakai lagu ini,” tulisnya.

“Baguslah DSV ini, tak pening kepala dah nak cari lagu birthday lepas ini,” kata netizen.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor