HomeBeritaMOSTI terajui Space Tech Nexus di LIMA 2023

MOSTI terajui Space Tech Nexus di LIMA 2023

CYBERJAYA: Empat perancangan strategik sektor angkasa direncana ke arah pertumbuhan industri sejajar dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara (DAN) 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia dikoordinasikan menerusi Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan dasar tersebut.

“Objektif utama JANGKA adalah bagi memastikan pembangunan sektor angkasa dapat dilaksanakan dengan terancang dan lebih berkesan serta memberi pulangan besar kepada negara dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan serta kedaulatan negara.

“Antara perancangan strategik sektor angkasa yang direncanakan ke arah pertumbuhan industri angkasa negara adalah Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030, Pelan Strategik Industri Angkasa 2030, Akta Strategik Industri Angkasa 2030, serta penglibatan MOSTI melalui MYSA dalam LIMA’23 sebagai peneraju Space Tech Nexus,” katanya.

Justeru, penglibatan MOSTI dalam LIMA’23 akan memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mendekati teknologi angkasa.

Pelbagai aktiviti dan pameran-pameran berkaitan teknologi angkasa akan dibuka bersempena penglibatan MOSTI melalui MYSA sebagai peneraju SpaceTech Nexus seperti Blueprint Launching, Pavilion & Booth dan sebagainya.

Bagi peminat berkaitan angkasa lepas, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran-pameran yang bakal diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre dari tarikh 23 hingga 27 Mei 2023.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor