HomeHiburan‘Muka klasik sangat!’ - Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

‘Muka klasik sangat!’ – Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

 

CYBERJAYA: Anak gadis pelakon, Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi meraih perhatian netizen kerana terpesona dengan keanggunan serta kecantikan yang dimiliki oleh anak-anaknya.

Baru-baru ini, perkongsian di TikTok Que Haidar menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambar anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra berbusana tradisional.

Raut wajah Tengku Ratu menjadi bualan ramai kerana kejelitaannya yang kini meningkat dewasa jelas kelihatan persis Linda.

Malah, rata-rata netizen memuji kecantikan Ratu serta ada yang mengatakan raut wajahnya begitu ‘klasik’.

Bukan sahaja Ratu yang mempesona, si bongsu, Tengku Cleopatra turut mencuit perhatian warga net dek kecantikkan matanya yang seperti Que.

Meskipun masing-masing baru berusia 14 dan 11 tahun, namun kecantikan yang dimiliki mereka memukau pandangan orang ramai.

“Muka mereka klasik sangat, vibes puteri kerajaan dulu-dulu,” tulis netizen.

“Muka klasik, muka orang dulu-dulu zaman P Ramlee, Saloma,” komen netizen

“Diorang ini macam aura-aura puteri gitu,” luah warga net

Untuk rekod, Que Haidar mendirikan rumah tangga bersama guru tari terkenal, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009. Pasangan ini turut dikurniakan dua anak perempuan, iaitu YM Tengku Ratu Haidar, dan YM Tengku Cleopatra Haidar.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan pertamanya, iaitu Qalif.

Oleh: Ain Japri (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor