HomeHiburanPelakon ‘KL Gangster’ Ridzuan Hashim meninggal dunia

Pelakon ‘KL Gangster’ Ridzuan Hashim meninggal dunia

 

CYBERJAYA: Pelakon tanah air, Ridzuan Hashim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon berusia 62 tahun itu dimaklumkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias menerusi Instagram miliknya.

“Saya nak beritahu kepada semua sahabat-sahabat, saudara-mara sahabat handai, yang mengenali bekas suami saya Mohd Ridzuan bin Hashim, beliau telah kembali ke rahmatullah… tadi.

“Kepada sesiapa yang ingin melawat jenazah, beliau masih berada di HKL dan selepas ini saya akan ‘update’ di mana beliau akan dikebumikan.

“Saya mohon pada semua siapa-siapa yang ada hutang sama arwah, boleh terus hubungi saya dan ampunkan dan maafkan beliau,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon, Tony Tuah di Facebook miliknya turut memaklumkan, Allahyarham Ridzuan sedang dimandikan di HKL dan akan dibawa ke Hulu Langat untuk dikebumikan.

Allahyarham Ridzuan mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1986 menerusi drama ‘Adam dan Hawa’.

Antara filem popular yang pernah dibintangi Allahyarham adalah filem Antara Dua Hati (1988), Evolusi KL Drift (2008) dan KL Gangster (2011).

Author

Pilihan Editor