HomeBeritaViralPemandu e-hailing dapat ‘customer’ misteri, bayar pakai duit 5 sen, wang kertas...

Pemandu e-hailing dapat ‘customer’ misteri, bayar pakai duit 5 sen, wang kertas lama!

 

CYBERJAYA: Bukanlah suatu perkara yang asing lagi buat sebilangan para pemandu e-hailing apabila berdepan dengan kisah misteri lebih-lebih membabitkan makhluk halus.

Terbaharu, pemandu e-hailing, Ahsan Ismail, berkongsi pengalamannya menerima pelanggan misteri di Kuching, Sarawak.

Menurut Ahsan, pada mulanya dia tidak berasa apa-apa kerana pelanggan tersebut yang merupakan seorang wanita kelihatan normal seperti orang lain.

“Alhamdulilah. Pengalaman paling berharga selama saya buat e-hailling. Dapat order dari Samarahan hantar ke tempat ya. Seorang perempuan bebaju kurung. Wangi.

“Memang tak ada syak apa-apa. Dari mula masuk kereta dia request buka cermin. Nasib hujan tak lebat. Ya sahaja keluar dari mulut dia.

Sampai je tempatnya (destinasi), saya bagitahu dah sampai dia tiada bunyi. Sekali paling (pusing) belakang orangnya dah tiada,” kongsinya di Facebook.

Tambah Ahsan, wanita terbabit hanya meninggalkan wang kertas jenis lama sebagai tanda pembayaran.

“Dia tinggalkan duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen banyak ya,” katanya.

Meskipun terkejut dengan situasi sedemikian, Ahsan menganggap pengalaman tersebut sebagai sebahagian kenangan yang paling bermakna buat dirinya.

“Tuhan je tahu rasanya time tu. Tapi tak apa, itu adalah pengalaman paling berharga seumur hidup saya.

Thanks Allah,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor