HomeBeritaPolitikPRN: Noh Omar ikrar jadikan Parlimen Tanjung Karang kubu kuat PN

PRN: Noh Omar ikrar jadikan Parlimen Tanjung Karang kubu kuat PN

CYBERJAYA: Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berikrar akan menjadikan Parlimen Tanjung Karang sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau mengesahkan akan bertanding pada PRN negeri atas tiket PN.

“Sudah 30 tahun saya mempertahankan kawasan Tanjong Karang sebagai kubu kuat UMNO. Mereka (UMNO) boleh benci saya tetapi jangan jadikan rakyat disana sebagai mangsa kerakusan politik mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian pada Ahad.

Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, UMNO sudah mula hilang bisa dan kini hanya gah pada nama.

Jelasnya, perihal tersebut susulan kepimpinan parti keramat orang Melayu itu yang tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan perlembagaan UMNO yang asal.

“Saya sayang UMNO. Masakan tidak, sudah lebih 30 tahun saya berjuang didalam UMNO demi orang Melayu dan rakyat,” katanya.

Noh akui bahawa adat berpolitik, tiada yang kekal malah pemimpin silih berganti dan hanya perjuangan sesebuah parti yang kekal sentiasa.

“Jika dilihat, di negara ini kebanyakkan pemimpin parti politik utama kini adalah dari UMNO.

“Tun Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin, Anwar Ibrahim, Shafie Apdal, semua tu orang UMNO. Mereka pernah pegang jawatan dalam UMNO tetapi apabila tidak setuju dengan pemimpin pada masa itu, mereka dipecat atau letak jawatan dan teruskan kerjaya politik mereka dengan pasukan (parti) lain,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor