HomeHiburanShaheizy Sam tayang 'six pack' dalam Polis Evo 3, akui disiplin tinggi...

Shaheizy Sam tayang ‘six pack’ dalam Polis Evo 3, akui disiplin tinggi jaga badan

CYBERJAYA: Penampilan pelakon, Shaheizy Sam bertubuh sasa dalam filem Polis Evo 3 nyata bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirinya lalui.

Menurut Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 41, meskipun dia seorang ‘food lover’, disiplin tinggi tetap diutamakannya bagi memastikan tubuh badan sesuai dengan watak selaku Inspektor Khai dalam filem berkenaan.

“Honestly, kita cakap serius, Sam susah nak dapat ‘six pack’.

“I enjoy food, kalau tadak kerja memang Sam gemuklah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun kan, bulan dua (Februari) still okay lagi pasal baru habis shoot (filem Polis Evo 3), bulan sembilan (September) Sam dah gemuk gila.

“Tapi fasal kerjalah yang membuatkan Sam boleh lose weight, kalau bukan fasal kerja Sam rasa tak kot,” katanya kepada media selepas tayangan Malam Gala filem Polis Evo 3 di TGV KLCC, baru-baru ini.

Tambah Sam, salah-satu cabaran yang perlu ditempuh dirinya untuk memiliki tubuh badan yang sasa adalah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan kalori.

“Sam terpaksa makan sikit untuk ada tenaga fasal kejap lagi Sam nak kena pergi gym. Kalau tak makan tiada energy nak pergi gym.

“Selagi tak lapar jangan makan, bila nak pergi gym sekejap lagi kena makan dulu sikit so bila terlebih makan ke kena burn balik cabaran dekat situlah,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor