HomeBeritaMahkamah & JenayahSiti Bainun bersalah atas dua pertuduhan kes dera Bella

Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan kes dera Bella

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Berita berkaitan: Kes dera Bella: Siti Bainun dipenjara 12 tahun

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari hingga Jun 2021.

Hakim, Izralizam Sanusi memutuskan perkara itu selepas pembelaan Siti Bainun bukan saja tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah, malah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berita berkaitan: Kes dera Bella: Siti Bainun dipenjara 12 tahun

Susulan itu, hakim memberi peluang kepada peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan: Kes dera Bella: Siti Bainun dipenjara 12 tahun

Author

Pilihan Editor