HomeHiburanFilem 'Tiger Stripes' Malaysia menang hadiah utama Minggu Kritik Festival Filem Cannes

Filem ‘Tiger Stripes’ Malaysia menang hadiah utama Minggu Kritik Festival Filem Cannes

KUALA LUMPUR: Filem seram dari Malaysia, Tiger Stripes arahan pengarah tempatan, Amanda Nell Eu, berjaya meraih hadiah utama di Minggu Kritik Festival Filem Cannes (Cannes Critics’ Week) di Hollywood.

Cannes Critics’ Week (Semaine de la Critique) adalah acara antarabangsa sempena anugerah berprestij dunia, Festival Filem Cannes.

Amanda membawa pulang wang tunai berjumlah RM49,400 (€10,000) sekali gus menjadikannya pengarah wanita pertama Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya meraih kejayaan tersebut.

Tiger Stripes adalah filem cereka Malaysia keempat mencatat sejarah di Cannes selepas yang pertama sejak 2010 dimenangi Kaki Bakar ( U-Wei Saari), Karaoke (Chris Chong Chan Fui) dan The Tiger Factory (Woo Ming Jin).

Filem berbahasa Melayu itu hasil terbitan bersama antara lapan wilayah termasuk Malaysia (Ghost Grrrl Pictures diasaskan Amanda), Singapura, Taiwan, Perancis, Jerman, Belanda, Indonesia dan Qatar.

Proses pembikinan filem pada tahun 2018 dan melalui beberapa fasa penambahbaikan sejak dua tahun lalu.

Ia dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Shaheizy Sam, selain Zafreen Zairizal, Deena Ezral.

Tiger Stripes, filem berbahasa Melayu mengisahkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun, Zaffan mengalami tekanan dan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh.

Zaffan dipulaukan oleh masyarakat kerana dianggap pelik.

Selepas membuat keputusan untuk melawan rasa takut dan menerima semua keanehan tentang dirinya, Zaffan mula berubah dan muncul sebagai seorang wanita yang kuat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan filem ‘Tiger Stripes’ kerana merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes, menerusi akaun Facebook, pada Khamis.

Filem itu turut dicalonkan untuk anugerah kategori filem pertama terbaik, bagaimanapun keputusannya masih belum diumumkan.

Author

Pilihan Editor