HomeBeritaViral‘Cantiknya mural art ni!’ -Sofyank terharu mural wajahnya hiasi dinding sekolah

‘Cantiknya mural art ni!’ -Sofyank terharu mural wajahnya hiasi dinding sekolah

 

CYBERJAYA: Pencipta kandungan terkemuka, Sofyank menzahirkan rasa terharu selepas sebuah sekolah memotretkan dirinya sebaris pakar-pakar teknologi di dunia dalam satu lukisan mural.

Sofyank, menerusi Facebook miliknya menzahirkan rasa tersentuh apabila dirinya diangkat sebagai inspirasi kepada anak muda.

“Allahuakbar, cantiknya mural art ini, tak pernah terlintas dalam diri untuk jadi satu karakter yang dilukis di dinding mural.

“Terima kasih banyak-banyak cikgu dan semua yang terlibat sekali kerana sudi menjadikan karya saya sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak murid yang lain walaupun apa yang saya buat sekadar content hiburan di media sosial sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, guru di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Marziah berkata, mural tersebut merupakan hasil titik peluh beberapa guru praktikal dari UPSI dan kakitangan sekolah lain.

Menerusi hantaran Facebook Marziah, beliau menyifatkan hasilkarya guru-guru praktikal tersebut dalam menyiapkan lakaran awal mural sangat terperinci.

Difahamkan, proses menyiapkan mural ini hanya memakan masa dua minggu sahaja dengan kerjasama mereka.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai idea dibincangkan namun, setelah melihat video Sofyank yang memberi inspirasi kepada anak muda, mereka bersepakat untuk memilih Sofyank dijadikan ikon belia.

“Kenapa pilih Sofyank, sebab dia antara ikon anak muda yang boleh dijadikan inspirasi kepada anak-anak murid. Murid lalu-lalang ramai juga yang kenal Sofyank.

“Dah dapat idea terus bincang kami berempat untuk susun atur. Dah bincang baru minta peruntukan dari guru besar. Nak jimat duit terpaksa lah guna cat yang terhad warnanya,” katanya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor