PUTRAJAYA: Jenama pencuci pakaian Daia memperkenalkan produk baharu dikenali ‘Daia Hijab All Day Freshness’ untuk mengatasi masalah kebanyakan wanita muslim yang mengenakan hijab sepanjang hari sehingga menyebabkan muncul bau kurang selesa.
Duta jenama rangkaian produk Daia Hijab, Lisa Surihani berkata, dia tidak perlu bimbang untuk mencuci pakaian secara berasingan kerana produk tersebut boleh digunakan untuk seisi keluarga.
“Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi.
“Jadi, saya tidak perlu membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersihan atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci.
“Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini,” katanya pada majlis pelancaran Daia Hijab di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya, pada Khamis.
Sementara itu, jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd, Eliza Yanti berkata, produk baharu itu diperkenalkan dengan penggunaan formulasi yang membantu mengawal bau peluh yang membuat rata-rata pemakai hijab kurang senang.
“Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan kawalan bau peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari.
“Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.
“Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa memberi penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami,” ujarnya.
Cecair pencuci pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk pencuci pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dan 3.8kg.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)